Anggota Seksual Lelaki Dan Wanita

Tips Menghilangkan “Love Bite”

Posted on Updated on

Tentunya anda tidak mahu “love bite” menjadi bahan gurauan teman di pejabat dengan pelbagai gelaran, membuatkan anda seolah-olah fobia setiap kali pasangan anda mahu mencium anda terutama di leher. Takut digigit…! Ini ada cara dan petua untuk menghilangkan gigitan love bite.

1) Ambil sebutir panadol, hancurkan dengan sedikit air. Sapu pada tempat yg mempunyai bekas gigitan dan biarkan selama 10-15 minit atau sehingga ia kering. Kemudian bersihkan dgn air seperti biasa.

2) Jika masih kelihatan warna kemerah-merahan, sapukan sedikit cecair ubat pencuci mata (eyeMo) di bahagian tersebut. Biarkan utk seketika.

3)Sapukan beberapa ketul ais batu di leher anda sehingga kesan gigitan semakin hilang.

4) Jika cara ini tidak berhasil, cuba gunakan bawang putih pula. Ambil seulas bawang putih dan belah dua. kemudian gosokkan perlahan-lahan pd bahagian berkenaan sehingga pudar kesannya.

Teknik Merangsang Wanita

Posted on

Cara-cara merangsang wanita (dengan cumbuan)

Cumbu rayu sebelum bersetubuh adalah suatu usaha membangkitkan nafsu berahi wanita agar bersiap-sedia untuk mencapai kenikmatan bersama dalam bersetubuh. Kenikmatan itu dapat dicapai oleh suami isteri bilamana nafsu berahi keduanya telah memuncak dan kemudian disusuli dengan memasukkan zakar ke dalam liang faraj (liang kemaluan).

Hendaklah ingat bahawa seksual wanita adalah sangat dalam dan lebih luas dari lelaki. Dapat dikatakan seluruh tubuh wanita merupakan sasaran seksual iaitu dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Jadi daerah-daerah erogen (bahagian-bahagian tubuh yang sensitif pada rangsangan) wanita sangat luas tersebar di seluruh tubuh, bibir, tengkuk, daun telinga, buah dada, leher dan masih banyak lagi yang luar biasa perasanya, semua mudah dirangsang. Oleh kerana letaknya yang tersebar dan kompleks, maka nafsu berahi wanita lambat timbul sehingga ia perlu dibangunkan lebih dahulu sebelum senggama (bersetubuh).

Berbeza dengan lelaki, maka daerah erogennya terbatas pada beberapa tempat tertentu sahaja. Oleh sebab itu seseorang lelaki lebih mudah naik nafsu berahinya terutama melalui pandangan matanya.

Keberahiannya cepat sekali terangsang apabila matanya melihat kecantikan bahagian-bahagian wanita yang biasanya tertutup. Rangsangan inilah yang menyebabkan penisnya (alat kelamin lelaki) menjadi tegang.

Oleh kerana terdapatnya perbezaan tabiat seksual antara lelaki lelaki dan wanita, maka seorang suami sebelum bersetubuh hendaklah bercumbu rayu. Pertama lakukanlah rayuan dengan kata-kata manis dan mesra, memuji kecantikannya, kemulusan tubuhnya, kata-kata yang menawan hati dan yang sebagainya. Kesemua ini bertujuan untuk mengusik rohaninya agar ghairah untuk melakukan persetubuhan.

Setelah rohaninya tergugah kemudian eloklah disusuli dengan usikan fizikal jasmani seperti bercum-ciuman, beraba-rabaan terhadap bahagian-bahagian tubuhnya, serta menggosok-gosok badannya. Cubalah perhatikan bagaimana Rasulullah s.a.w. telah mengajarkan mengenai aspek “cumbu-rayu” ini, sebagaimana tersirat dalam sabdanya yang berikut:

“Janganlah ada di antara kalian menggauli isterinya seperti laku binatang, melainkan hendaklah diadakan antara keduanya perantaraan” Dikatakan : “Apakah perantaraan itu, wahai Rasulullah?’” Maka beliau bersabda: “(iaitu) Ciuman dan kata-kata rayuan.” (Hadis riwayat Ad Dailami)

Lebih tegas lagi Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara. Sebagaimana tersebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah. Erti hadisnya adalah “Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu”.

Seorang suami haruslah mengetahui bahagian-bahagian tubuh wanita yang erogenous iaitu yang berikut:

1. Daerah kening

2. Bahagian pelupuk mata

3. Hidung

4. Pipi dan sekitarnya

5. Bahagian tengkuk

6. Bahagian leher

7. Daun dan belakang telinga

8. Payudara terutamanya puting

9. Bibir dan lidah

10. Bahagian dalam mulut

11. Peha dan sekitarnya

12. Ketiak

13. Bahagian perut terutama sekitar pusat

14. Bahagian kemaluan dan bahagian dalam faraj

15. bahagian tumit

Bahagian-bahagian ini merupakan daerah-daerah erotis yang harus dijadikan perhatian semasa merangsang, samaada diraba, dibelai, dicium atau digosok-gosokkan secara lembut dan mesra. Di sinilah sangat diperlukan kepekaan seorang suami untuk membangkitkan rasa erotis dari isteri sehingga stimulus yang diingini.

Berbagai cara sentuhan seperti meraba-raba, meramas dan sebagainya dengan bersilih ganti dapat membangkitkan rasa kehangatan cinta. Ini diikiuti pula dengan cumbuan serta rayuan yang berguna untuk membangkitkan nafsu berahi isteri. Cara-cara ini merupakan hal biasa diamalkan di kalangan mereka yang menghargai nilai seni dalam dunia seks. Semua ini merupakan tahap-tahap cumbu-rayu yang mempunyai daya untuk meningkatkan tahap kenikmatan seksual kepada yang seluas-luasnya.

Mengingati betapa pentingnya merayu sebelum bersetubuh bahkan bukan sahaja manusia begitu , binatang-binatang pun berbuat begitu. Cubalah kita perhatikan kucing, ayam jantan atau kambing. Bagaimana mereka melakukan pengawanan? Pastinya ia akan merayu terlebih dahulu dengan gerakkan mengawan.

Kucing umpamanya, sebelum bersetubuh terlebih dahulu menggosok-gosok kelamin betina agak lama dengan disertai gigitan-gigitan pada lehernya. Ayam juga mengepak-ngepakkan sayapnya sambil berkokok berkali-kali dan menari menajak ayam betina sebelum mereka melakukan hubungan kelamin. Begitu juga kambing, burung merpati, dan sebagainya. Ia adalah hasil pemerhatian saintis-saintis kaji-laku binatang.

Jadi sungguh jauh ketinggalan bagi seorang insan bergelar suami untuk menyetubuhi isterinya dengan terburu-buru tanpa merayu, bahkan pula mereka seakan-akan main terkam begitu sahaja. Suami yang bijak tidak boleh lalai atau lupa melakukan cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Setiap isteri dan semua wanita normal berkehendakkan kepada ini.

Benarlah kata Marie Stopes bahawa untuk membangkitkan nafsu berahi wanita dengan sempurna maka lelaki harus membangunkan seluruh badan dan nyawanya. Dan ini memang penting sekali kerana membangkitkan nafsu berahi wanita sampai ke peringkat yang tinggi sebelum disetubuhi adalah keperluan setiap wanita. Pertama untuk menghindarkan rasa sakit, keduanya dengan memuncaknya keberahian wanita, ia menyebabkan kemaluannya mengembang yang disertai pengeluaran air mazi. Ini akan melembapkan liang faraj untuk memudahkan zakar masuk ke dalamnya.

Sebaliknya kalau liang faraj kering disebabkan ketiadaan stimulasi maka ia akan menimbulkan perasaan rasa tidak senang lantas menimbulkan perasaan negatif di dalam minda wanita yang ingin didampingi. Sekiranya berlarutan, ia akan menyebabkannya merasa tidak selera dan muak setiap kali diajak bersetubuh. Akhirnya timbullah gejala kaku dan frigid.

Begitulah pentingnya cumbuan serta rayuan setiap kali sebelum bersetubuh. Hendaklah ingat di dalam merayu, perlu meghindari perilaku yang berlebih-lebihan dan tidak senonoh. Di zaman sekarang banyak berlaku cara-cara stimulasi yang melampaui batas hasil pengaruh budaya orang barat. Ramai suami yang merangsang isterinya dengan menjilat liang kemaluannya. Hal ini keterlaluan kerana ia sama seperti perilaku binatang yang tak patut diikuti oleh setiap insan yang bermoral.

Adakah kita patut meniru tabiat kambing yang ketika sebelum bersetubuh, mencium dan menjilat kelamin kambing betina? Sebenarnya kita tidak boleh membuat sedemikian kerana kita sudah menempatkan sesuatu yang tidak pada tempatnya sebagaimana pendapat mengatakan:

“ Meletakkan sesuatu yang tidak pada tempatnya adalah perbuatan yang zalim.”

Tambahan pula menjilat alat kelamin sedang dalam keadaan telanjang bulat ketika bersetubuh merupakan perilaku yang kurang sopan dan Rasulullah s.a.w. tidak menganjurkannnya sebagaimana sabdanya:

“Apabila seseorang menggauli isterinya maka hendaklah ia berselimut dan janganlah ia bertelanjang sebagainya telanjangnya dua ekor unta”.

Mengapa Rasulullah s.a.w. menganjurkan yang sedemikian? Oleh kerana hal sebegini merupakan hak kewajipan suami-isteri yang telah diikat dengan tali perkahwinan. Ia bertindak untuk membezakan di antara manusia dan binatang. Ia patut dilakukan di tempat tertutup dan tidak dapat dilihat oleh sesiapa kecuali diri kita sendiri.

Hendaklah diingat bahawa setiap manusia selalu diiringi oleh malaikat. Tidak pernah malaikat yang ditugaskan meniringi kita berpisah sedetik pun. Maka sewaktu kita bersetubuh dalam keadaan telanjang, tidakkah malaikat merasa malu? Kita sepatutnya menghormati mereka juga.Oleh itu kita patut menutup badan sewaktu berkeadaan telanjang di antara suami-isteri.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Janganlah kamu bertelanjang, maka sesungguhnya bersama kalian adalah para malaikat yang tidak pernah berpisah denganmu kecuali ketika di dalam bilik air dan sewaktu lelaki menggauli isterinya. Oleh itu malulah kalian pada mereka (malaikat) dan dan hormatilah mereka” (Hadis riwayat Tirmizi).

Betapa bagusnya andaikata si suami peri-hatin terhadap aspek cumbu-rayu sebelum bersetubuh. Suami-isteri akan menerima kepuasan seksual dalam kerdhaan Allah Taála.

Suami yang bijaksana patutlah mengetahui perubahan-perubahan nafsu berahi wanita. Dengan itu dapatlah suami berperanan positif menikmati kepuasan seks bersama dalam kehidupan rumahtangga.

Cara Senaman Kegel

Posted on Updated on

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku.Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan!

Untuk wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya.Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan!Untuk wanita, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

Lokasi Kedudukan Titik G-spot Wanita

Posted on Updated on

Bergantung kepada wanita, G-spot memang wujud dan boleh mendatangkan nikmat kepada anda yang mengetahuinya. G-spot diambil nama daripada Ernst Grafenberg yang menemui kedudukan G-Spot ini. Anda wanita yang terangsang begitu hebat sekali, ada yang tidak merasa apa-apa dan ada yang terasa seperti hendak buang air.

g-spot

G-Spot dikatakan berada pada kedudukan 2 ke 3 inci (5cm) dalam vagina, diantara tulang pubic dan cervix dan ia dirangsangkan dengan tekanan dan urutan jari. Untuk mencapai bahagian ini pastikan anda telah memotong pendek kuku anda dan membersihkan tangan dan jari anda sebersihnya. Anda tentu tidak mahu menyakiti bahagian yang anda akan masuki dengan zakar anda.

Sebelum bermula pastikan cecair daripada rangsangan dan belaian sudah ada dan ini akan memudahkan jari dimasukkan untuk mencapai G-spot ini. Masukkan dengan perlahan jari anda,  sambil anda membelai pastikan dia leka agar tidak timbul rasa tidak selesa.

Anda sepatutnya merasa bahagian kasar atau rasa seperti span dalam jarak 2 ke 3 inci kemasukkan jari anda. Sebaik sahaja sampai ke bahagian ini tekan ke atas dengan jari anda. Pastikan kuku tidak digunakan. Jika anda tindak balas postif maka anda boleh gerakkan perlahan-lahan jari anda. Teruskan sehingga pasangan anda menyuruh anda berhenti.

Mencapai G-spot juga turut boleh dilakukan sambil merangsang kelentit. Sambil anda menjilat kelentit anda juga boleh masukkan jari anda mencapai G-spot.

Sewaktu bersetubuh rangsangan G-spot boleh dicapai dengan meletakkan bantal yang selesa dibawah pinggul. Dengan keadaan vigina terangkat ke atas kemasukkan batang penis akan kena bahagian atas vagina dimana G-spot berada. Posisi dengan wanita diatas dan daripada belakang juga boleh mencapai G-spot ini.

Kenali Zakar Lelaki Beserta Gambarajah

Posted on Updated on

Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada zakar lelaki? Bagaimana zakar anda membesar dan apakah fungsi disetiap zakar suami.

Di sebatang zakar lelaki ada beberapa struktur kuasa yang member angsangkan lelaki apabila disentuh dan ianya juga akan memberikan keseronokan dan nikmat yang dapat dirasakan oleh wanita. Antara bahagian yang terdapat di zakar lelaki ialah buah zakar, batang zakar, takuk zakar, kepala zakar, biji zakar, lubang zakar gigi zakar, ekor pari dan urethra.

zakar-lelaki

Buah zakar berfungsi sebagai tempat menyimpan air mani dan ia amat sensitif apabila tersentuh dengan benda keras dan kasar. Sebab itu andainya anda menyentuh dengan benda keras atau kuat kepada buah zakar suami anda, suami anda akan berkata sakit. Maka di bahagian ini, jika anda berminat membelainya, berhati-hatilah dan berikan sentuhan yang lembut dan ianya pasti menyeronokkan suami anda.

zakar-terangsang

Batang zakar adalah -berfungsi untuk mengeras dan panjang daripada ukuran biasa pada keadaan lelaki itu tidak mempunyai nafsu sahwatnya. la akan mula menegang apabila seseorang lelaki itu mencapai syahwatnya. Jika saiz zakar pada peringkat seseorang lelaki itu belum datang kemuncak syahwatnya adalah kecil dan pendek serta kelihatan lembik. Apabila seseorang lelaki itu mula datang syahwatnya, saiz zakar akan mula membesar dan menegang panjang.

Jika saiz pada kendur dari 3 inci, zakar ini boleh membesar dan memanjang sehingga 6 inci. Jika saiz zakar semasa kecilnya ukuran lilitnya kurang dari 2.5 inci, maka apabila membesar saiznya akan membesar 5 inci. Kepadatan mula dilihat apabila zakar cukup tegang dan keras. Kedudukan zakar akan menegak hingga 45 darjah dari paras pusat. Sewaktu inilah kesesuaian untuk zakar menyusuk kedalam kemaluan perempuan boleh dilakukan. Zakar yang lembik tidak boleh menyusuk masuk kedalam kemaluan perempuan. Jika anda selidiki secara terperinci, anda akan dapat melihat batang zakar akan bergegar dan ini berlaku sewaktu zakar didalam kemaluan Ianya menghasilkan kepuasan seksual apabila zakar bergegar di dalam kemaluan anda. Belailah batang zakar ini dan anda akan merasakan kehangatan yang amat menyeronokkan.

Fungsinya adalah terlalu sedikit sewaktu di dalam kemaluan berbanding dengan batang zakar yang memanjangkan geselan apabila dilakukan sorong tarik sewaktu bersetubuh. Takuk zakar berada dihujung zakar yang kelihatan seperti lekuk. Lekukan ini adalah terjadi kerana hujung kepala zakar agak menguncup sedikit iaitu lebih kecil daripada batang zakar. Lekukan ini terbentuk bagi memudahkan zakar nenusuk masuk ke dalam kemaluan perempuan.

Kepala zakar adalah penting bagi lelaki khususnya. la boleh membesar lebih daripada-batang zakar. la akan membesar sewaktu menyusuk masuk kedalam lubang dan membesar sewaktu menarik zakar keluar dari kemaluan. Apabila kepala zakar membesar, anda akan terasa seperti sesuatu benda sedang membesar di dalam kemaluan anda dan lebih menyeronokan. lanya berfungsi secara langsung untuk membentuk gigi zakar lebih kembang dan apabila zakar ditarik sorong ia seperti menarik dinding lubang kemaluan anda dan anda pasti lebih seronok dengan geselan ini. Lelaki amat gemar jika perempuan menggigit lembut dan menghisap kepala zakamya kerana di sini ada keseronokkan yang luar biasa bagi lelaki dan fungsinya samalah dengan biji kelentit perempuan.

Biji zakar tidak begitu berfungsi untuk memberikan kepuasan kepada lelaki dan ianya terletak seperti biji kelentit dan tidak mudah dilihat dengan mata kecuali anda menyentuhnya. Terdapat sedikit bonjol kecil pada hujung kepala zakar apabila anda sentuh.

Lubang zakar berfungsi untuk mengeluarkan air kencing dan pancutan air mani. Ianya seperti lubang air kencing perempuan. Seperti kita ketahui perempuan mempunyai dua lubang pada kemaluannya iaitu lubang untuk persetubuhan dan lubang untuk membuang air kecil.

Gigi zakar adalah tempat yang paling penting. Gigi zakar ini memberikan keseronokan kepada setiap geselan di dalam lubang kemaluan anda. Lelaki juga akan merasakan seronok. Tidak semua zakar lelaki kelihatan gigi zakarnya banyak atau besar. Beruntunglah jika anda mendapat zakar suami yang mempunyai gigi zakar yang banyak dan besar. Kepuasan anda akan lebih tercapai dengan cepat.

sistem_pembiakan_lelaki

Ekor pari terbentuk pada sepanjang batang zakar yang berfungsi sebagai tempat pengaliran air mani daripada buah zakar. Ekor pari ini amat sensitif dan seronok bagi lelaki apabila geselan sewaktu melakukan sorong tarik di dalam kemaluan anda. la juga memberikan keseronokan yang luar biasa sepanjang melakukan sorong |tarik bagi perempuan. Apabila pancutan air mani berlaku, ekor pari akan membesar dan menyendatkan lagi lubang kemaluan anda sehingga keperingkat kemuncak. Disinilah lelaki amat seronok jika anda bermain dengan zakar suami anda, sama ada membelainya, mengolomnya atau melakukan jilatan dengan lidah anda. Lakukan teknik ini sewaktu anda tidak mampu memberikan kepuasan seks melalui kemaluan anda misalnya sewaktu anda di datangi haid. Urethra hanya berfungsi memberikan ketegangan kepada zakar anda sebagai kayu penyokong untuk menguatkan lagi ketegangan urat saraf pada lelaki.

Ingin dimaklumkan apakah seronoknya apabila zakar berada di dalam kemaluan anda? Antaranya apabila lelaki sedang melakukan sorong tarik di dalam kemaluan anda, batang zakar akan bergerak-gerak dan bergetar. Kepala zakar akan membesar dan menguncup diikuti dengan kepala takuk dan giginya yang seperti menarik keluar dinding dalam lubang kemaluan anda, dikala ini anda akan merasakan satu nikmat yang luar biasa.

Jika anda meminta suami anda menghentikan sorong tariknya zakarnya, anda akan merasakan zakar seperti sedang bergerak-gerak di dalam kemaluan anda. Ini adalah disebabkan
kepala zakar melakukan kembang kuncup dan diikuti batang zakar bergerak-gerak. Inilah zakar yang hebat dan tidak kiralah ianya bersaiz kecil atau besar.

Sewaktu zakar sampai kemuncaknya dan jika anda mendapatkan kemuncak serentak dengan pancutan air mani dan zakar suami, anda merasakan kepala zakar seolah-olah mencengkam dan menarik keluar isi dalam kemaluan anda dan dikala inilah anda pasti mengerang kepuasan dan mencapai syahwat yang tinggi.

Anatomi Faraj Wanita

Posted on Updated on

anatomi-faraj

Faraj manusia adalah sebuah saluran berotot elastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus.

Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Pelincir vagina dihasilkan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).

Selaput dara — membran terletak di belakang bukaan uretra — menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma, termasuk sesetengah wanita, semenjak kelahiran sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing, dsb. Akan tetapi, harus dicatatkan bahawa persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.

anatomi-faraj1

Fungsi faraj

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:

  • Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.
  • Aktiviti seks
  • Melahirkan anak

Darah haid

Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan. Dalam masyarakat moden, tampon, cecawan haid, dan tuala wanita boleh digunakan untuk menyerap cecair ini.

Aktiviti seks

Tumpuan hujung-hujung saraf yang terletak dekat lubang vagina boleh menyebabkannya merasai seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsangkan dengan cara yang dia suka, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana zakar pasangannya dicucuk ke dalam vaginanya. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran vagina pada zakar merangsangkan lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani, yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam vagina (di bahagian anterior vagina, kira-kira lima sentimeter dari lubang). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Ada orang yang mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan yang telah dipertikaikan.

Melahirkan anak

Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi)) daripada uterus(rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.

Kesihatan dan kebersihan seks

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaan gynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai disorders dapat menjangkiti faraj, termasuk kanser faraj dan penyakit yeast.

Buah dada perlu dijaga dan dibelai

Posted on Updated on

Ramai wanita yang mahu buah dada yang cantik dan tegang. Namun begitu, perincian apa yang cantik dan macam mana yang tegang adalah tidak nyata. Setiap wanita perlu tahu, buah dada adalah berbeza bagi setiap wanita, daripada segi saiz, bentuk, warna dan ketegangan. Hanya kerana melihat gambar seorang model iklan dengan buah dada yang cantik, seseorang wanita mahu menurutnya.

anatomi-buah-dada

Buah dada anda adalah sesuai dan sempurna untuk diri anda. Terima buah dada anda, jaga dan belai buah dada itu sebaiknya.

Perkara paling utama adalah memakai coli yang bersesuaian dengan bentuk dan saiz buah dada. Jangan memakai coli yang saiz terlalu kecil, ini akan membuat anda tidak selesa. Apabila memakai coli yang kecil dan dada dirasakan seperti terkeluar, maka saiz itu adalah kecil.

Juga jangan terlalu besar sehingga buah dada tidak masuk dengan kemas dalam coli, ia juga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bahagian tengah coli, penyambung antara dua mangkuk coli, apabila dipakai sepatutnya selasa berada pada atas tulang dada.. Cuba tarik nafas dalam-dalam sewaktu mencuba coli yang baru. Apabila anda memakai coli sepatut rasa seperti buah dada dipegang kemas dan apabila nafas ditarik pegangan itu tidak sepatutnya membuat anda rasa tidak selesa, kemas tetapi tidak terlalu ketat.

Untuk memastikan coli ada sesuai. Sewaktu mencuba, Lakukan juga aktiviti yang biasa dilakukan, seperti menghayunkan tangan, melompat-lompat kecil, berlari-lari anak atau jika coli itu digunakan untuk senaman atau sukan, lakukan gerakan sukan yang anda ingin lakukan. Ia sepatutnya selesa dipakai dan kedua-dua buah dada kurang pergerakan sebab ia dipegang kemas oleh coli yang dicuba.

Buah dada perlu diperiksa untuk melihat sebarang perubahan. Kanser buah dada adalah pembunuh nombor satu wanita di Malaysia.

Pengesanan awal dapat memberikan wanita peluang yang lebih besar untuk pulih.

Lakukan pemeriksaan dua atau tiga hari selepas berhenti haid setiap bulan. Lakukan pemeriksaan didepan cermin untuk melihat tanda-tanda perubahan seperti

- Ketulan pada dada dan bawah ketiak
- Sebarang perubahan daripada segi bentuk dan saiz
- Bengkak, kemerahan, perubahan warna kulit dan rasa panas
- Puting masuk ke dalam
- Rasa sakit yang tidak berkait dengan datang bulan
- Keluar darah atau lendir bukan susu pada puting

Cara pemeriksaan buah dada yang betul perlu dipelajari. Dapatkan nasihat doktor atau hadiri kelas khusus untuk pemeriksaan buah dada sendiri. Anda boleh hubungi Persatuan Kebajikan Barah Payu Dara (BCWA) di 03-79492093

Jika ada sebarang perubahan, dapatkan pemeriksaan doktor. Walaupun ia mungkin bukan petanda penyakit, namun setiap perubahan adalah penting. Pengesanan dan rawatan awal dapat memberikan peluang yang besar untuk pulih dan menyelamatkan nyawa. Jangan malu mendapatkan kepastian doktor.

Permakanan yang sihat dan sesuai boleh membuat tisu buah dada sentiasa sihat.

Antaranya adalah isoflavones seperti genistein, Gamma Linolenic Acid (GLA), Indole-3-Carbinol, broccoli untuk sulforaphanes, gotu kola, saw palmetto dan lycopene.

Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein daripada kacang soya mempunyai bentuk kimia yang menyerupai hormon estrogen. Ini dapat membantu dalam mengimbangi dan mengawal kadar estrogen dalam badan wanita. Semakin wanita berusia semakin menurun pengeluaran hormon estrogen. Amalan permakanan daripada produk kacang soya dapat membantu dalam mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Gamma Linolenic Acid (GLA) membantu dalam mengimbangi aktiviti prolactin. Prolactin adalah bertujuan untuk menghasilkan hormon prostaglandin PGE, hormon membantu dalam perseimbangan dan fungsi biologi badan.

GLA seperti daripada Evening Primrose Oil (EPO) turut membantu dalam mengatasi masalah Premenstrual Syndrome (PMS). Penghasilan prostaglandin memerlukan kumpulan vitamin B lengkap, vitamin C, zink dan mangnesium. Malah dicadangkan mengambil multivitamin dan mineral lengkap bagi mendapat tahap kesihatan yang baik.

Indole-3-Carbinol satu lagi bahan yang dijangkakan dapat membantu kesihatan tisu buah dada melalui kemampuannya membantu proses metabolisma hormon estrogen. Bahan ini terdapat dalam sayur-sayuran jenis “cruciferous” seperti brakoli, kobis, cauliflower dan “bruseels sprouts”. Sayur-sayur ini turut mengandungi sulforaphanes yang telah dikenal pasti memberikan kesan positif kepada tisu buah dada.

Lycopene adalah carotenoid yang boleh didapati didalam tomato dan produk berasas tomato. Carotenoid adalah antioxidant yang penting. Lycopene didapati adalah lebih efektif sebagai antioxidant berbanding beta carotene dan alpha tocopherol. Wujudnya antioxidant adalah penting sebagai perlindung sel-sel daripada tindakan oxidant oksigen. Ia umpama cat pada besi supaya besi tidak berkarat.

Gotu kola adalah untuk membantu melancarkan edaran darah dalam badan. Edaran darah yang lancar membantu dalam membentuk tisu-tisu badan yang sihat.

Pelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Amalkan pengambilan lima hidangan satu hari sama ada buah-buahan atau sayur-sayuran atau campuran kedua-duanya. Satu hidangan adalah sebesar tapak tangan sendiri. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi khasiat yang tidak dapat dibotolkan. Ia dapat membantu badan membentuk tisu-tisu badan yang sihat dan melindungi sel-sel daripada berkembang kepada sel-sel yang boleh menjadi kanser.

Bagi wanita, amalkan permakanan yang berasaskan soya. Semakin kerapkan pengambilan soya apabila usia semakin bertambah. Pengambilan kacang soya adalah pada kadar 40 ke 80mg sehari.

Begitu juga pengambilan EPO. Dapatkan EPO dalam bentuk pil agar ia mudah dimakan setiap hari. Jadikan tomato dan brakoli atau sayuran berkaitan dalam hidangan makanan harian.

Bagi wanita yang mahukan buah dada yang menarik dan sentiasa sihat, menjaga kesihatan badan adalah penting. bersenamlah kerana membantu dalam melancarkan edaran darah beroksigen. Kurangkan makanan yang mengandungi lemak yang tidak sihat. Kurangkan pengambilan gula dan garam, kurangkan minuman berkaffeine seperti kopi, amalkan makan sayur-sayuran dan fiber.

Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat menegangkan buat dada wanita.