Anatomi Faraj Wanita

Posted on Updated on

anatomi-faraj

Faraj manusia adalah sebuah saluran berotot elastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus.

Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Pelincir vagina dihasilkan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).

Selaput dara — membran terletak di belakang bukaan uretra — menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma, termasuk sesetengah wanita, semenjak kelahiran sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing, dsb. Akan tetapi, harus dicatatkan bahawa persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.

anatomi-faraj1

Fungsi faraj

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:

  • Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.
  • Aktiviti seks
  • Melahirkan anak

Darah haid

Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan. Dalam masyarakat moden, tampon, cecawan haid, dan tuala wanita boleh digunakan untuk menyerap cecair ini.

Aktiviti seks

Tumpuan hujung-hujung saraf yang terletak dekat lubang vagina boleh menyebabkannya merasai seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsangkan dengan cara yang dia suka, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana zakar pasangannya dicucuk ke dalam vaginanya. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran vagina pada zakar merangsangkan lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani, yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam vagina (di bahagian anterior vagina, kira-kira lima sentimeter dari lubang). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Ada orang yang mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan yang telah dipertikaikan.

Melahirkan anak

Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi)) daripada uterus(rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.

Kesihatan dan kebersihan seks

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaan gynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai disorders dapat menjangkiti faraj, termasuk kanser faraj dan penyakit yeast.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s