hubungan seks

Rahsia tingkat ghairah seks dengan haruman

Posted on

Haruman yang menarik akan menimbulkan rasa ghairah yang berlainan apabila melakukan hubungan seks. Terdapat pelbagai haruman yang boleh melahirkan rasa ghairah dan sesuai digunakan di dalam bilik tidur sewaktu hubungan intim.

Haruman wangi mampu merangsangkan organ seks yang paling utama iaitu otak. Tidak diketahui bagaimana haruman dapat merangsangkan rasa ghairah seks. Namun rasa tenang dan selesa merupakan resepi penting dalam membentuk seks yang indah dan damai.

Tidak semua wangian adalah bersesuaian untuk digunakan sebagai rangsangan seks. Pilihan perlu dibuat berdasarkan kesesuaian dan penerimaan pasangan. Jangan nanti ia menimbulkan rasa tidak selesa kepada pasangan masing-masing.

Haruman yang paling diketahui akan menimbulkan rasa ghairah dan ransangan seks adalah :-

Bau rose yang memang popular dan bunga rose itu sendiri adalah lambang sayang dan cinta. Yang lain adalah Jasmine, Sandalwood oil dan ylang-ylang.

Memakai minyak wangi yang bersesuaian turut merangsangkan ghairah seks. Begitu juga menggunakan syampu dan sabun badan yang wangi turut merangsangkan ghairah seks.

Haruman sahaja tidak cukup untuk melahirkan seks yang hebat dan hubungan seks yang bermakna. Ia memerlukan nilai kasih sayang yang tinggi dan saling memahami.

Senaman Tingkatkan Kepuasan Seks

Posted on

Hubungan seks yang memuaskan bukan hanya bergantung kepada aspek emosi semata-mata. Kekuatan stamina juga memainkan peranan penting untuk memberi kepuasan dalam hubungan intim. Pastinya sesuatu yang mengecewakan jika hubungan seks tidak kesampaian gara-gara pasangan kepenatan akibat kurang tenaga. Bagi memastikan hubungan intim tidak tergendala atas sebab ini senaman tubuh yang bertepatan perlu dipraktikkan. Bagi mendapatkan kesan yang maksimum, fokuskan terus senaman yang dialkukan kepada otot atau bahagian tubuh yang bersangkutan dengan aktiviti seks. Antaranya adalah seperti berikut ;

1) Senaman Kegel
Salah satu cara untuk memastikan otot vargina memberi ‘cengkaman’ yang kuat ketika hubugan intim adalah dengan mengamalkan latihan kegel. Latihan ini mampu meningkatkan keanjalan otot vargina.

Latihan kegel sangat mudah, ia boleh dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sekalipun. Caranya adalah ketika duduk tahan otot vagina seperti anda sedang menahan air kencing. Tahan selama tiga saat dan lepaskan. Ulangi gerakan ii sebanyak 10 kali.

2) Senaman Otot Paha
Latihan untuk mendapatkan otot paha yang kuat perlu kerana sesetengah posisi hubungan seks memerlukan kekuatan otot tersebut. Otot bahagian peha boleh dimantapkan dengan melakukan gerakan senaman seperti aerobik.

Selain itu jogging atau lari juga boleh dilakukan. Senaman ini sebaiknya dilakukan dengan teratur iaitu tiga kali seminggu selama 30 minit.

3) Senaman Otot Pinggul
Ia bertujuan untuk melancarkan peredaran darah kebahagian rongga pinggul. Konstraksi otot pinggul penting dalam situasi orgasma. Ketika merasa terangsang, jantung akan mengepam darah lebih pantas ke bahagian pinggul.

Bila darah yang masuk kebahagian tersebut makin banyak maka dinding vagina akan menjadi lebih tebal dan tubuh wanita lebih bersedia untuk mencapai orgasma.

Cara senaman yang paling elok untuk memperkuatkan otot pinggul adalah dengan berbaring dan kedua siku menyangga badan tapi pastikan badan tidak diletakkan pada lantai. Rapatkan kaki dan luruskan. Halakan kaki anda ke atas membentuk sudut 30 darjah tanpa membengkok lutut. Tahan kaki anda selama 6 saat dan ulangi sebanyak 8 kali.

4) Senaman Otot Punggung
Kekuatan otot atau bahagian punggung perlu kerana ada kalanya posisi ketika melakukan hubungan intim memerlukan anda mengangkat bahagian punggung. Otot punggung yang kuat membolehkan anda bertahan hingga beberapa lama untuk memberi kenikmatan pada pasangan.

Amalkan langkah berikut untuk mendapatkan otot punggung yang kuat. Berdiri tegak dengan kaki terbuka. Genggam’dumb bell’ seberat 2 kilo pada setiap tangan dibelakang punggung.

Perlahan-lahan turunkan punggung dengan membengkokkan lutut. Tahan selama 8 saat dan berdiri semula. Ulang gerakan ini hingga 10 kali. Selain amalkan juga seperti berenang dan berjogging untuk memperkuatkan otot punggung.